Tuesday, April 16, 2013

Kisah sepetang di TESCO Saujana Impian

Bismillah,

Lihat gambar ini, apa yang dapat anda semua rakan2 FB fikirkan.

 
Pada hari ini saya bersama keluarga saya pergi membeli belah barangan rumah di TESCO Saujana Impian, setelah usai membayar barang2 rumah saya pun terus ke surau untuk menunaikan solat zuhur.
Waktu di HP saya sudah menunjukkan 2ptg.

Di surau TESCO sejuk dan ada seorang anak muda yang kepenatan tido di satu sudut surau. Usai ambil wudu' terus siap menunaikan solat zuhur.

Tatkala rakaat pertama, kedengaran masuk remaja ke surau, dalam hendak ke rakaat kedua salah seorang remaja menepuk bahu kanan saya dan bertakbir. Usai solat saya, saya toleh kebelakang dan lihat 6 remaja sekolah menjadi makmum.

Senyum saya sendirian, ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih Allah s.w.t kerana memberi peluang menjadi imam kepada remaja ini.

Tatkala saya usai berdoa, mereka masih dalam keadaan solat dan sebelum keluar, saya sempat merakamkan gambar ini.

Alangkah sejuk hati memandang mereka ini dan bersama2 berjemaah bersama saya walaupun selang 1 rakaat. Semoga anak2 muda ini berada di jalan yang lurus kerana Allah s.w.t.

Saya doa agar anak2 saya dah anak2 rakan2 FB saya menjadi seperti rakan2 didalam gambar ini. Mengajak rakan2 lain solat berjemaah.

Amin.
Alhamdulillah.

www.gsr2u.com.my/mddanial


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...