Garis Panduan Pelaburan Emas dan Perak

Sedikit perkongsian asas berkenaan Garis Panduan Pelaburan Emas dan Perak :

Pelaburan = Duit / Wang / Aset yang di belanjakan dengan mengharapkan pulangan keuntungan
Emas / Perak  : emas fizikal pada harga emas semasa.. BUKAN SAHAM, BUKAN SHARE, BUKAN LOT.

Harga Emas Semasa : ada 3 jenis harga :

1 : Spot price : reference kitco.com - kira mcm harga bahan mentah - terbaik la kalu boleh dpt fizikal pada harga ni.

2 : Company price : seperti gcp.com.my , GSR dan publicgold. ada 2 harga, yakni Harga Customer dan Harga Dealer.

Jika yang tertera pada website tu biasanya Harga Customer.

3: Kedai Emas price : cth : pohkong, tomei, habibjewels dan kedai2 emas fizikal yg sepertinya.
     harganya akan lebih mahal sedikit dr 1 & 2 kerana faktor2 peruncitan
     dan kos upah design yg agak tinggi tetapi berbaloi la dgn design nya yg cantik kan.


Contoh 1 : sekiranya anda berminat utk beli / membuat pelaburan rantai tangan emas 10 gram pada purity 999

recommendation 1 : sekiranya anda beli rantai tangan 10 gram 999 utk pakai sbg perhiasan. maka perlukan design yang cantik. jadi beli la kat kedai emas terdekat seperti poh kong atau habib jewels atau yg berkaitan. ( sudah pasti harganya lebih tinggi dr beli di company seperti gcp, gsr dan public )

recommendation 2 : sekiranya anda beli rantai tangan 10 gram 999 utk pelaburan : maka seeloknya membeli dari company seperti gcp, gsr atau public. kerana harganya agak jauh lebih murah. lebih2 lagi jika anda sebagai dealer.

jika anda terdesak nak guna duit pun rantai tangan yang dibeli dari company ni pun boleh di simpan / pajak dan ia DITERIMA di ar rahnu samada bank rakyat , agro bank atau yapeim pada harga yang lebih tinggi( anda dpt duit )  dari kedai emas biasa.



Bagi Pelaburan Emas : seperti yg kita semua sedia maklum, bukan anda beli hari ni kemudian esok dah nak jual dan  nak mengharapkan keuntungan berganda seperti skim cepat kaya tu.  Konsep simpan nya adalah seperti anda simpan ASB. dalam setahun ke atas baru nmpak hasilnya yg lebih memberangsangkan.


cukup dulu buat masa ni.... ( mungkin tuan2 yg lebih arif boleh berkongsi pandangan di bahagian komen supaya

sedikit sebanyak boleh kita berkongsi ilmu dan meningkatkan kesedaran tentang emas dan perak ini sebagai meneruskan usaha legasi Dr. Mahathir dan Kerajaan Negeri Kelantan )

Disini juga saya memberikan rujukkan dari sudut agama semoga info ini memberi manfaat dan sila kongsikan bersama teman-teman yang lain:-

Link Laman Sesawang

1)  Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In' oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman
2)  Lelaki, Emas Putih & Platinum oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman
3)  Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas dari Laman Sesawang Ust Zaharuddin Abd Rahman
4)  Parameter Pelaburan Emas - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011
5)  Fatwa Mengenai Urus Niaga Jual Beli Emas Secara Ansuran / Hutang oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 8 Jun 2010
6)  Menjual Barang Hiasan Daripada Emas Dan Perak dari e-Fatwa, Tarikh Keputusan pad 1 Jan, 1970
7)  Hukum Lelaki Memakai Emas Putih oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dan Tarikh Keputusan pada 1 Jan, 1970
8) Permainan KUTU dan Hukumya (Kemaskini) oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman
9) Cara Membeli Emas Perak Patuh Syariah oleh Pak Di
10) Riba disebalik pembelian Emas oleh Pak Di
11) 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas oleh Pak Di

Link Laman Video


1)  Seminar Kewangan Islam: Pelaburan Emas oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman
2)  Beli Bayar Secara Ansuran (EPP) oleh Ust Azhar Idrus
3)  Jual Beli Emas Online dan 'Lock' Harga oleh Ust Azhar Idrus
4)  Hukum Membeli Emas Secara Bertangguh - Bhg 1
5)  Hukum Membeli Emas Secara Bertangguh - Bhg 2
6)  Hukum Membeli Emas Secara Bertangguh - Bhg 3
7)
8)
9)
10)


Insha Allah saya akan senantiasa kemaskinikan untuk rakan2 semua laman-laman sesawang dan juga video yang anda semua boleh jadikan sebagai maklumat tambahan.

Jzkk.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...