Friday, June 14, 2013

Mengenali Syiling Emas Pertama Malaysia - KIJANG EMAS


Bismillah,

Dalam artikel saya kali ini. Saya ingin membawa pembaca semua mengenali Syiling Emas Pertama Malaysia / "Malaysian Gold Bullion Coin"  (Kijang Emas) yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.



Sejarah Kijang Emas Malaysia

Kijang Emas Malaysia telah pertama kalinya ditempa pada bulan Disember, tahun 2000 Masihi oleh Royal Mint of Malaysia
.
Dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Julai 2001.

Malaysia merupakan negara yang ke 12 mengeluarkan duit emasnya sendiri dan diantara lain negara lain yang mengeluarkan Syiling Emas yang mempunyai nilai yang sah 'Face Value' adalah :-

- American Gold Eagle
- Australian Gold Nugget
- South African Krugerrand
- Gold Panda

Kijang Emas mempunyai kepadatan unsur molekul emas dengan nilai 999.9 millesimal tulin dan Kijang Emas ini telah dicetak dengan cetakan huruf di permukaannya seperti berikut :-


Syiling Kijang Emas Berat 1 Oz
Cetakan Permukaan: RM 200
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 31.105 gram
Lebar: 37.00 milimeter


Syiling Kijang Emas Berat = ½ Oz
Cetakan Permukaan: RM 100
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 15.55 gram
Lebar: 28.00 milimeter

Syiling Kijang Emas Berat ¼ OZ
Cetakan Permukaan: RM 50
Ketulinan Logam Emas: 99.99%
Berat: 7.78 gram
Lebar: 22.00 milimeter 



Seni Reka Kijang Emas
Seni ukir dan cetak pada syiling emas ini terletak pada permukaannya iaitu gambar binatang yang bernama Kijang, di mana ("kijang") ini hidup secara bebas di hutan simpan Khatulistiwa Tanah Melayu.
Sebagai mengenang pihak di belakang tabir, cetakan syiling yang bertulis "BANK NEGARA MALAYSIA" siap ditempa, yang mewakili Bank Pusat Malaysia sebagai badan yang mengesahkan pengeluaran syiling emas ini, iaitu dari segi beratnya, ketulinannya dan cetakan bertulis tahun ditempa.

Bentuk belakangnya pula dicetak dengan lambang Bunga Raya iaitu bunga kebangsaan bagi negara Malaysia. Lambang bunga ini terukir sekali dengan tulisan Arab bacaan Jawi dengan sebutan Bank Negara Malaysia juga tertera di situ.

----------------------------------------

Maklumat diambil daripada :-
1. Bank Negara Malaysia
1. Dinar Emas
2. Gold Inc
3. Malaysian Coin
4. Rujukkan saya carian internet dan buku mengenai emas dan perak
5. Selebihnya boleh rujuk disini Numismatics

Aktivit penjualan Kijang Emas :-
1. Gold Lot Shop (GLS)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...