Bismillah,
Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Masih ingat dengan fakta menarik mengenai emas siri ke-3 ? In Sha Allah saya akan membuat nota baru mengenai fakta menarik emas siri ke-4.
Kali ini kisah yang menarik untuk saya kongsikan dengan pembaca.
Saya mendapat maklumat ini daripada seorang rakan niaga emas saya dan fakta menarik mengenai Bugis kerana saya ada darah dari keturunan Bugis disebelah arwah ayah saya.
Semoga anda semua mendapat ilmu yang bermanfaat dan berkongsilah dengan yg lain.
---------------------------------------------------------
Penulis buku
'The Bugis' (diterbitkan olek Blackwell di London) iaitu Prof. Dr. Chrisstian Piras, Antropologis daripada Universiti de Sorbone, Paris
mendedahkan bahawa orang Bugis mempunyai ciri yang unik dan memilki keperibadian yang kuat.
Sepanjang sejarah sosiokultural orang Bugis, terdapat ciri-ciri yang
menakjubkan melekat di dalam diri mereka dari dahulu hingga sekarang. Salah satunya adalah kecenderungan untuk mencari peluang ekonomi yang
lebih baik di mana-mana juga, sepertimana didalam konteks pelaburan, ramai orang sudah
tahu bahawa orang Bugis amat menghargai emas, sesuai dengan cara hidup
orang Bugis yang sering berpindah dan merantau ke negara asing.
Mereka mencari pelaburan yang mudah alih, yang bernilai di luar kampung
halaman mereka, oleh itu mereka mencari logam yang stabil dan laku
dimana jua.
Orang Bugis, tidak mengira pangkat besar atau
petani, mereka sering berlumba-lumba untuk mnegerjakan haji. Oleh itu
mereka sering menyimpan emas sekitar 250gram-300gram dalam bentuk
bullion atau jongkong (wafer) seberat 100gram setiap satu. Nampaknya orang Bugis
mengetahui bahawa kos menunaikan fardhu haji tidak pernah berubah
daripada zaman dahulu hingga sekarang iaitu harga sekitar
250gram-300gram emas tulen.
Dalam hal hutang piutang begitu
juga. Sekiranya ada sudara mara petani yang ingin meminjam, diberikan
emas dan apabila dipulangkan semula haruslah dalam berat yang sama,
karat yang sama.
Fikiran mereka hidup cukup sederhana, jika memberi
pinjaman dalam bentuk wang maka apabila saudaranya memulangkan wang itu
dalam tempoh yang lama, tentu nilainya tak akan sama sewaktu dia memberi
pinjaman.
Ertinya wang yang dipinjamkan mungkin kembali dengan
jumlah sama, tetapi nilainya, apa yang kita sebut deflasi dan inflasi
boleh berubah. Tetapi jika dia meminjamkan emas, selain jumlah emas
dalam berat yang sama akan kembali, ia juga tidak akan kehilangan nilai
dari asetnya. Sungguh hebat, pemikiran yang sederhana tetapi luas biasa
impaknya.
Daripada nukilan En.Shuhairazi
Selamat Datang, Kami menjual Barang Kemas 916 dan 999 secara Online / Offline seperti Wafer (Bar) Emas/Perak, Produk Numis Koin Perak serta Rantai Tangan, Gelang Tangan, Cincin Emas, Rantai Leher. Harga Borong pastinya Terbaik dan Tanpa Upah bagi semua produk Barang Kemas. Semua produk keluaran GSR bagi Emas 916, 999 dan Perak disahkan tulen tanpa keraguan oleh Assayer yang bertauliah. Sebarang pertanyaan, segera SmS/ WhatsApp ke MdDanialAuAg 019.221.3158
No comments:
Post a Comment