Awal-awal pagi beberapa hari lepas saya dapat msg melalui FB daripada rakan saya mengenai hukum-hukum pembelian emas secara tangguh, ansuran dan juga menukar emas (trade-in).
Pada pembaca yang saya hormati, adalah amat penting bagi seorang muslim mendapatkan maklumat mengenai apa yang mereka ingin ceburi atau pun sukai. Lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan muammalat Islam. Bagi Emas mahupun Perak, perkara yang akan di lampirkan ini digunapakai dan dilaksanakan.
Bersama UZAR di Seminar Kewangan Islam |
Jika anda mempunyai kewangan dan masa, ambillah peluang tersebut untuk menghadiri ke seminar-seminar kewangan Islam sepertimana yang saya lakukan dan alhamdulillah kini banyak seminar-seminar dijalankan oleh orang perseorangan, IPTA/S dan syarikat-syarikat swasta.
Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In'
a-
Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli
secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli
emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.
b-
Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan
yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh
kaum wanita di Malaysia.
- ingin selamat di akhirat-
Jawapan :
a. Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.
Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.
Bagaimanapun,
terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana
telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana
gelang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih
lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah
pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh
pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi,
Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan
Al-Buti dan ramai lagi.
Rujuk
pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil
6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh
As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah
, 6/60 )
Ibn
Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat)
mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr'
(serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus
berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang
berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya
secara ansuran dan hutang.
Khatib
As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil
pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu
tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.
Bagaimanapun
terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen
apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin.
Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana
terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap
sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.
Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk
riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541;
An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur
Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian
mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula).
Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya
secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang
dagangan).
Ia
disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh
Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat
yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).
Mereka
semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki (w 595 H)
berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa:
"perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen
(yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus
menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.
Ibn
Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) :
Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah
(pembuatan dan pertukangan).
Dalil-dalil
jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa
atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali
(tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)
Kesimpulan
dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal
ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian
dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia
telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang
sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang
adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana
tidak sama jenis.
b- Jawapan Bagi ‘Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.
Jelas
menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in' emas lama dengan yang baru
atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum
yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang
kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin
menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua
syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya
al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ;
Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :
i)
Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas
tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia
adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang
kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang
mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti.
Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak
Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii)
Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' (diserah dan terima dalam satu
masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang
dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan.
Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual
menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak,
Riba Nasiah akan berlaku.
Mungkin
ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in'
dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar
tambahan harga itu?
Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"
JELAS,
CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL
TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT
HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000
DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN
RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG
DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM
500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU
ITU.
Kemungkinan
jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan
pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Rujukkan tersebut boleh diperolehi di: hukum beli emas secara ansuran dan tradein
Rujukkan tersebut boleh diperolehi di: hukum beli emas secara ansuran dan tradein
No comments:
Post a Comment