Ketemu kembali kita dengan fakta-fakta menarik mengenai Emas Siri ke-2
Apakah anda pernah melihat kembali berapa banyakkah simpanan fizikal Emas yang anda ada berbanding dengan simpanan wang kertas? Mengikut pengkiraan rakan-rakan Emas saya, setiap seorang di dunia ini yang lahir seharusnya memilik sebanyak 52g Emas dalam pelbagai bentuk.
Apakah anda sudah memiliki Emas sebagai simpanan masa hadapan anda ?
Mari kita muhasabah diri mengenai 'Kertas':-
Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Ijazah dan sanad - Kertas
Buku akaun - Kertas
Saman - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas
Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas
UNDI - Atas kertas
Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan kemudian dibuang. Dunia semuanya seperti kertas. Berapa ramai yang bersedih kerana kertasnya, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA.
Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri, SIJIL MATInya. Kerana itu seriuslah BERAMAL sebelum sijil MATI itu dikeluarkan. Juga pastikan semua kandungan kertas-kertas yang tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini.
(Nukilan oleh UZAR di FB pada 24/3/2013)
Baiklah, anda bersedia untuk melihat fakta seterusnya ? Silakan,
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
Penghasilan Emas dari pelbagai kaedah dari perut bumi |
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
Ujian Asid (Ujian ketulinan Emas, Perak serta Platinum) |
Pingat Emas Olimpik London 2012 |
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
Alhamdulillah selesai fakta mengenai emas siri ke-2, sehingga bertemu di fakta menarik yang ke-3.
Jika ada apa apa sebarang pertanyaan mengenai produk-produk emas dan perak. Silalah emel kepada saya di mddanial1@gmail.com
No comments:
Post a Comment