Thursday, April 4, 2013

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas (Siri 1)


Bismillah,

Pernahkah anda bertanyakan pada diri anda sendiri dan orang lain, "Apa yang menariknya mengenai Emas ini ? Sikit-sikit Emas, sikit-sikit emas, nak berkahwin pihak perempuan nak pakai gelang tangan Emas, rantai leher Emas".
Dari pengamatan saya,pelbagai kisah mengenai Emas kita pernah dengar serta lihat dan ada pula yang kena tipu dengan Emas, jadi kaya dengan Emas, jadi miskin dengan Emas ? Tak pernah dengar lagi miskin kerana Emas.

Apa pun saya senaraikan fakta-fakta yang menarik mengenai Emas dengan Siri 1.
Insya-Allah saya akan letakkan lagi fakta-fakta yang menarik buat tatapan anda semua.

Selamat membaca dan sila kongsikan juga fakta ini.


Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
Unsur Kimia Emas

 
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
 
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.
 
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
 
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
 
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
 
Kepingan emas yang dilombong
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
 
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air
 
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.

Zaman Pemerintahan Rom (Dinarius)












Jika ada sebarang cadangan dan komen amatlah dialu-alukan.

Sehingga bertemu di Siri 2 fakta menarik mengenai Emas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...