Gambar hiasan |
Berdasarkan prinsip ekonomi sekiranya kekurangan berlaku maka mekanisma harga pasaran bebas berfungsi menyeimbangan keadaan pasaran, maka harga akan meningkat naik.
Tapi mengapa harga perak/silver tidak melonjak naik?? Jawapan mudahnya adalah manipulasi harga.
Kita hidup dalam dunia wang kertas. Untuk ia dunia itu kekal illusi adanya perak/silver dalam jumlah yang banyak penting untuk semua percaya dengan wang kertas.
Gambar hiasan |
Harga semasa (spot) yang kita lihat adalah untuk 5000 oz perak/silver dalam bentuk jongkong 1000oz setiap satu. Ia juga bukan bentuk jonkong sebenar tetapi jongkong pada masa hadapan (satu hingga tiga bulan di masa hadapan). Itulah yang menetapkan harga perak/silver semasa.
Ini bermakna pemanipulasi tidak perlu ada atau menyerahkan (deliver) perak/silver untuk menjual perak/silver kertas berlebihan bagi menekan harga perak/silver. Malahan lazimnya mereka dibenarkan menyerahkan ganti wang (cash settlement) berbanding logam perak/silver fizikal. Atau mereka boleh menyerahkan saham ETF (Exchange Traded Fund) – yang mana ia juga bukan dalam bentuk perak/silver fizikal.
Ramai mengeluh dan mengatakan pihak memanipulasikan harga akan terus boleh memanipulasi harta untuk selamanya! Ini tidak benar. Sekiranya kenyataan ini benar maka perak/silver hari ini berharga 25 sen satu oz, kerana inilah harganya pada satu ketika dalam sejarah Amerika.
Manipulasi harta berkecenderungan untuk gagal, didedahkan yang mana mereka tidak dapat membuat penyerahan kepada pelanggan utama yang memerlukan perak/silver serta bukannya kertas. Perak/silver digunakan industri dan industri terus-menerus menghasilkan produk yang menggunakan perak/silver. Bagaimana jika Apple tidak boleh memperolehi perak/silver untuk menghasilkan IPhone or IPad? Apple akan kecoh yang mana kesannya akan didengari ke seluruh dunia.
Semua kontrak pasaran hadapan adalah memanipulasi harga. Ia adalah satu manipulasi kerana ia mencipta ilusi kelebihan penawaran. Menjual produk di atas kertas pada masa hadapan, sekiranya ia bertujuan membenarkan spekulasi, tidak wajar member kesan harga pada komoditi yang diperdagangkan.
Tambahan, oleh kerana adanya had bagi kontrak “long” yang boleh dibeli adalah bukti sifat manipulasi harga kontrak pasaran hadapan.
Gambar hiasan |
Adaptasi dan terjemahan dari Jason Hommel (Silver Stock Report)
Diambil daripada MukaBuku FB Dekad Silver
No comments:
Post a Comment