Wednesday, March 13, 2013


Bismillah,

Semasa jalan2 dengan isteri sempena ulangtahun kami yang ke-4, saya dengan isteri tiba di Jalan Masjid India. Langkah saya melalui jalan tersebut sememangnya membuatkan saya teruja sungguh untuk mengetahui harga emas semasa di sana.

Saya biarkan isteri saya pergi membeli belah di Jakel dan saya pula menyibukkan diri ke kedai emas yang ada dipersekitaran sana.

Rata2 kedai disana semuanya menjual 916 dan dengan pelbagai corak dan bentuk. Dalam benak hati ini berkata,'Ya,Allah bilalah aku akan ada sebuah kedai fizikal seperti ini dan selain daripada online yang aku ada kini'.

Ada satu kedai yang menarik perhatian ku kerana kedai ini agak kecil dan hanya sederhana besar sahaja, namun bila diintai akan anak mataku ini. Masya-Allah, PENUH ramai dengan pelanggan yang ada didalam kedai tersebut.



Daku cubalah bertanyakan berapa harga emas seperti seorang pelanggan yang akan membeli. Perghhh dalam hatiku berkata,'Harga kedai dah seperti GSR tawarkan cuma ada kos upah yang memangnya jika aku kata GSR pasti mereka akan bertanya, apa tuh GSR?'.

'Tak apalah', aku berkata dalam hati ini,'Pasti, pasti dan pasti GSR akan seGAH dengan "Brand" terkenal di Malaysia'.

Dalam perjalananku hari ini penuh maklumat dan pengalaman yang Insya-Allah pada hari itu nanti aku pun ingin mempunyai sebuah kedai emas yang berada di tempat2 seperti ini.

Amin.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...