Sekadar pengetahuan am bagi anda yang singgah ke blog saya ini.
Sila lihat video dibawah ini.
Ini adalah rakaman video oleh kenalan saya semasa di Terengganu. Kesempatan itu juga rakan saya meminta rahsia yang digunakannya oleh menentukan ketulinan emas tersebut. Kata orang tersebut, dia lebih suka kepada cara klasik/konvensional.
Caranya adalah:-
1) Jika jenis "wafer", akan dipotong.
2) Jika barang kemas "hollow", akan dibuat ujian menggunakan asid (acid test).
3) Jika barang kemas padu, akan dibakar (sepertimana video diatas) atau pun melalui densimeter.
Maklumat tambahan yang diperolehi:-
a) Sekiranya emas yang dibakar tidak terjejas warnanya maka ia adalah emas 999 ketulinan.
b) Sekiranya emas yang dibakar menjadi sedikit kelabu warnanya maka ia adalah emas 950 ketulinan.
c) Sekiranya emas yang dibakar menjadi kusam warnanya maka ia adalah emas 916 ketulinan.
d) Perkara bagi a,b,c ini hanyalah untuk kerja memulakan peleburan, maka jika ada yang nak leburkan emas, inilah caranya. Jika tidak silalah gunakan "acid test" atau pun densimeter.
Kaedah yang digunakan ini adalah "destructive testing" , jika menggunakan asid adalah "les destructive" dan densimete pula lebih kepada "non destructive"
Harap maklumat ini berguna kepada anda.
No comments:
Post a Comment